Hasad
itu lebih besar dosanya dari perbuatan minum arak dan berzina. Perasaan
itu mengheret seseorang kepada sikap tidak puas hati kepada ketentuan
rezeki dari Allah kepada siapa yang Dia kehendaki. Benci yang syar'ie
ialah membenci kerana Allah.
Perasaan hasad itu memakan diri
seseorang seperti api memakan sekam. Orang hasad itu akan sentiasa
memerhatikan dan mengintai perkembangan musuhnya. Tiap kali ada satu
nikmat dan kelebihan yang diperolehi oleh musuhnya, maka dia akan berasa
geram dan menggigit jari kerana marah. Kerana orang hasad tidak dapat
menerima keputusan Allah untuk mengurniakan kelebihan kepada siapa yang
Dia kehendaki.
Di dalam bidang keilmuan pula, orang hasad itu
ingin kiranya dirinya membolot pujian dari manusia. Apabila dia melihat
musuhnya melakukan sesuatu yang dia sendiri tahu bakal mendatangkan
pujian dan pengiktirafan dari orang ramai, dia akan serta merta cuba
menghalang hal itu dari berlaku. Kerana jika fenomena itu
tidak dihalang, dia khuatir musuhnya itu akan menyekat cita-citanya.
Orang hasad itu bukan orang yang beriman. Kerana mereka tidak bersetuju
dengan ketentuan dan kurnia Allah kepada orang lain dan mereka berusaha
keras untuk memaksa takdir agar takdir mengikut perancangan hawa
nafsunya sendiri.
Kebanyakan orang yang masih dibelenggu dengan penyakit hasad adalah orang-orang bodoh dan rendah akalnya.
Wallahua'lam.
sama-samalah kita menjauhi perasaan HASAD dengki @ IRIhati kepada orang lain.Lihatlah pada kelebihan yang Tuhan berikan, dan sentiasalah bersyukur, nescaya kita akan sentiasa gembira dan berada dalam keadaan tenang walau sesukar apapun Ujian yang mendatang.
In sha Allah
standing with love
done follow sini no.18
ReplyDeletesudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang@gmail.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/