17 June 2009

:. surat tunjuk sebab isnin lalu .:

*gambar sekadar hiasan*
ni adalah copy dr surat tunjuk sebab yg dimnta oleh bos daku kerana katenye daku berkelakuan biadap dlm meetingg...bungekk punye org tue...mmg dier x suke daku dr dulu..pastu crik psl je ngn daku...sabarlah wahai tatOd..setiap dengki yg dier wat pasti akan dibalas jua seperti yg sudah2...tggu la dikau sang "OKU" (org kurang upaye)

Tajuk :MEMBERI KETERANGAN DAN SURAT TUNJUK SEBAB
Kepada : *******************************

Daripada : Cik Haslina Binti Hosni


Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan saya menurut perintah menjawab serta memberi keterangan seperti yang diinginkan pihak tuan.

2. Sukacita dimaklumkan adalah saya sedia maklum bahawa “Morning Meeting” hendaklah diadakan setiap pagi waktu bekerja di daerah masing-masing.Oleh yang demikian saya tidak pernah menyatakan ketidaksetujuan tentang perkara tersebut.

3. Menjawab berkenaan bahawa saya meninggalkan ”Morning Meeting” tanpa kebenaran terlebih dahulu adalah kerana saya berasa sangat tidak selesa ketika itu berikutan sakit keuzuran wanita.Namun saya ingin mengajukan soalan adakah pihak tuan juga meminta surat tunjuk sebab sebelum ini, bagi mereka yang keluar meninggalkan ”morning meeting” atas sebab menjawab panggilan telefon sesuka hati.Diharap ada keadilan dalam situasi seperti ini.

4. Selain itu pihak tuan juga telah menganggap saya berkelakuan biadap kerana menghempas pintu dengan kuat. Di sini suka saya untuk memohon maaf sekiranya ia dianggap kurang sopan, dan bukannya biadap. Suka juga saya cadangkan agar pintu bilik mesyuarat ditukar kepada pintu yang tidak mengeluarkan bunyi bising ketika dibuka atau ditutup.Ini kerana sebelum kejadian ini beberapa kali dari pemerhatian saya, pegawai lain juga keluar masuk untuk menjawab panggilan telefon dan membiarkan pintu tersebut berdentum dengan kuat ketika ”Morning Meeting sedang dijalankan. Adakah pihak tuan juga meminta surat tunjuk sebab atas kejadian tersebut.

5. Di sini saya tidak ingin menambahkan sebarang masalah atau keraguan serta ketidakpuashatian. Saya juga berharap tindakan pihak tuan adalah tidak berunsurkan hal-hal peribadi. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya berlaku kesilapan terhadap keterangan saya ini.

Akhir sekali diharap ada keadilan dalam setiap pentadbiran di **** Daerah Kota Tinggi.


Sekian, terima kasih.

‘Sesungguhnya Allah akan memberikan balasan
dalam setiap perbuatan serta amalmu’


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“ ******************************* ”



Saya yang memberi keterangan,



( HASLINA BINTI HOSNI )
*************************

No comments:

Post a Comment