Tetibe nak shared disz tips coz daku sdg bergiat menguruskan badan & juge mengempiskan perot yg buncet spt mengndungi najis selame 2-3 bulan..haihhhhh...teruk ko tatOd! tetapi sbnrnye daku x amalkan pun yg ini...daku besela..dgn makan JAMU MERIT.. sekaligus memudahkan proses peghadaman daku yg mmg bermasalah..pastu hamek ko jajan...asyik nk pi jenguk cik JAM ban jek. Padan muke..okeh..selamat mencube!! ~ pstt: daku x syorkan uols utk try jamu tu coz x sure tkot x sesuai dan ade side effect ke kan.. so far daku okeh jek :)
1. Makan makanan yang betul
Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. ~ setakat ni daku sume pun hantam jek labu...kihkihkih

2. Tinggalkan makanan ringan
Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. ~ alahai...cane nih..daku asyik pi kedai jajan jek..pai cik apek tu pun da nek kenal ngn muke daku..si HANTU jajan..haihhh

3. Berhenti makan lewat malam
Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. ~ yg ni xde mslh kot..daku bese mkn lepas wktu mghrib..so ade mase nk bkr lemak..mkn lewat mlm time kene keje luar & lewat jek...(tp klu mkn pas mgrib, pastu pas isyak terus tido pe cerrrrr?) sndiri mau ingtla....
4. Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. ~ adoiiihh daku pling jarang mnum air msk...lgikan 5-6 gls sehari..mmg x r... kadang 2-3 ari x minum air masak...hantam yg bergule n soda jek..puiii..jage2 cik salmah...
5. Jangan berulam air ketika makan
Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit. ~ yg ni mmg peberet..kompem sesuap then sesedut air...habesla ko tatOd...
6. Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat. ~ senaman??? hahaiiii...wahai...bile kale la nk wat.. penyaket M daku sgt berleluase sjk 2 menjak nih...come on tatOd!!!! u can do it..
Okeh, harap dgn cik JAMU daku dpt trun n kempis balek...ari tu last tmbang, dari 53kg jd 49kg.Syukran ya Allah.. ;) turun lagik 2-3kg pun da okeh kot..okeh uols..slmt mencube tips2 di atas.. =)
<3